Saturday, November 26, 2011

Setiap kesulitan itu ada hikmahnya...

Dear Saya,
27 November 2011
Depan Laptop TOSHIBA...
Ok...Aku  percaya pada Allah...
Begitu juga dengan qadak dan qadar yang telah ditetapkan olehNya...
Adalah aku nak kongsikan satu cerita ni.
Nak dijadikan cerita...Time tu mmg kitorang sibuk gile...Byk benda nk kena buat...Mane nk buat assigment...Mane nk kejar report...Nak buat skeching lagi...Macam2lah...Bak kata slogan Astro...Macam2 ada...Masa tu aku tgh cari maklumat kt library...Sekali dgn print out semua...Entah macam manelah...Masa nk balik tu...Aku boleh tertinggal pendrive kt komputer dalam perpustakaan tu...Ish2...Tuhan je tahu macam mane perasaan aku time tu...Dahlah penat tunggu bas...Bila dah masuk bas siap2..Tunggu nak jalan je lagi...Bru teringat yang  satu-satunya pendrive kesayanganku terlupa...Bas dah jalan...Aku dok fikir lagi mcm mane boleh tak igt dgn pendrive...Patutlah rasa semacam je masa nk keluar tadi...Huhu..Ape nk buat...Dah takdir...
    Dalam masa yang same...Aku sedih n kecewa jugak pasal tak dapat jumpa Cheryl(Ketua kitorang)...Igt nk jumpa dia time habis kuliah hari tu...Tpi time berebut-rebut nk ambik nota dri lec...Aku terlepas kelibat Cheryl...Dahlah mlm tu nak kena pegi Melaka. Memang tgh tension lah time tu...Pastu, nasib baik aku sedar balik...Semua kejadian yang berlaku pasti ada hikmahnya...Nah...Walaupun aku terpaksa berpusing 2 kali naik bas...Dalam keadaan lapar...Tgn pun dah terketar-ketar time tu...Perut dah berbunyi minta diisi...Akhirnya aku berjaya jugak dapatkan pendrive tu semula.Nasib baik tak hilang. Dalam perjalanan nak balik tu...Secara tak sengaja aku ternampak Cheryl^^..Kuasa Allah...Tak sapa yang tahu...At last aku dapat dua 2 sekali...Dapat pendrive n dpt maklumat from Cheryl^^...Time makan pun dapat mkn dgn tenang...Takde nk susah2 hati lagi...

     So pengajarannye kan...Walau macam mane susah sekalipun yang kte rase...Kte tak tahu, ape perancangan yang Allah dah rancangkan...Sesungguhnya...Dia Maha Mengetahui akan segala-galanya...^^

Monday, November 21, 2011

Persamaan makanan tradisional antara kaum di Malaysia



     Seperti yang kita sedia maklum, terdapat tiga kaum utama di Malaysia yakni Melayu, India dan Cina.Ketiga-tiga kaum ini memiliki makanan tradisional masing-masing.Kaum Melayu dengan nasi lemak, kaum India pula dengan roti canai manakala kaum Cina terkenal dengan pau dan kueh tiaw. Makanan tradisional ini walaupun berasal dari kaum yang berbeza namun tetap dinikmati oleh rakyat Malaysia secara amnya. Kaum India dan Cina turut menggemari nasi lemak. Begitu juga dengan kaum Melayu dan Cina yang meminati roti canai dengan kuah dal.
     Di sini saya ingin mengetengahkan topik berkenaan dengan persamaan makanan tradisional ketiga-tiga kaum berkenaan. Persamaan yang pertama, jika dilihat dari segi penyediaan makanan pada hari perayaan. Misalnya, pada Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina, kedua-dua budaya memasak makanan istimewa dan lain dari hari biasa dipraktikkan. Orang Melayu memasak rendang, orang Cina dengan makanan mewahnya, begitu juga dengan orang India.Masing-masing menyediakan makanan yang banyak pada hari perayaan untuk santapan keluarga dan jiran tetangga.
     Persamaan yang kedua boleh kita lihat dari segi penyediaan dan pemakanan nasi oleh ketiga-tiga kaum berkenaan. Orang Cina dan orang Melayu menjadikan nasi sebagai makanan utama mereka. Walaupun orang India lebih gemar makan makanan yang berasaskan roti seperti paratha dan murtabak namun mereka tetap menjamah nasi sebagai makanan utama. Cara mereka menyediakan nasi juga sama, Cuma sedikit berbeza dari segi ramuannya. Sebagai contoh, orang India terkenal dengan nasi yang dicampur rempah ratus manakala orang Melayu lebih gemar nasi yang lemak bersantan. Orang Cina pula kreatif dalam memasak nasi menggunakan air rebusan dari pati tulang ayam. Misalnya, Nasi Ayam Hainan.





799px-Hainanese_Chicken_Rice.jpgBriyani daging.jpgm_pg06nlemak.jpg
Rajah 1 Nasi Ayam Hainan                Rajah 2 Nasi Beriani                       Rajah 3 Nasi Lemak




     Dari segi penyediaan ramuan juga hampir menunjukkan persamaan yang ketara. Bahan-bahan seperti bawang, halia, lada, cili dan rempah ratus merupakan bahan utama untuk ketiga kaum utama di Malaysia melazatkan lagi makanan mereka. Misalnya masakan orang India dan Melayu biasanya pedas dan berempah. Sebagai contoh, nasi beriani dan nasi lemak. Rasanya mungkin berbeza namun kedua-duanya memiliki rasa pedas yang sama

                                     .391104699_42e75c8696_0.jpg
                                       Rajah 4 Rempah ratus kegemaran rakyat Malaysia

                                      rempah-kabsa.jpg
                                      Rajah 5 Nama rempah ratus
     Tidak lupa juga pada makanan ringan yang menjadi kegemaran ramai. Orang India dengan thosai, muruku dan pani puri. Orang Melayu pula terkenal dengan penghasilan kerepek. Jika orang Melayu memiliki kerepek pisang, orang India pula terkenal dengan papadom. Memang kedua-dua bahan utama untuk membuatnya berbeza, namun jika diteliti dengan lebih mendalam, masing-masing menggunakan bahan semulajadi yang mudah diperolehi dan berkhasiat untuk menghasilkan makanan tersebut.

                   kerepek pisang tanduk.jpg                                          PAPADOM022.png                                                                                 
                   Rajah 6 Kerepek Pisang Tanduk                                        Rajah 7 Papadom

     Selain itu kaum Melayu, India dan Cina juga sama dari segi penghasilan jeruk makanan. Mereka menjeruk makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran dengan menggunakan ramuan seperti gula, cili dan garam. Masyarakat Asia memang sedari dahulu lagi gemar menjeruk makanan. Orang India memang tidak begitu ketara dalam penghasilan jeruk tetapi mereka juga mahir menjeruk buah contohnya buah mangga muda. Kaum Melayu dan Cina biasanya menjeruk buah seperti mangga,ceri, rambutan, betik, sayur-sayuran yang pahit dan kelat seperti lobak putih, sayur ensabi dan sayur sawi pahit.
sawipahit.jpg
1281354236_113001576_1-Jeruk-Buah-Buahan-Ulu-Yam-Batang-Kali-1281354236.jpg
Rajah 8 Sawi pahit dan jeruk buah

     Persamaan dari segi corak acuan juga boleh dikenalpasti. Kebanyakan corak acuan ketiga-tiga etnik Melayu, Cina dan India berbentuk flora dan fauna. Corak yang dihasilkan biasanya diambil dari gambaran yang hampir dengan mereka. Misalnya bunga, daun, cengkerang, siput dan lain-lain lagi.

5.JPGRajah 9 Kepelbagaian acuan

acuan3.jpgRajah 10 Acuan kuih bulan
     Jika dikaji dengan lebih mendalam, ketiga-tiga etnik utama di Malaysia yakni Melayu, Cina dan India mempunyai persamaan dari pelbagai segi. Persamaan ini tanpa kita sedari akhirnya membawa kepada suatu budaya baru iaitu budaya orang Malaysia. Bak kata lirik lagu ‘Rumah Kita’, nyanyian ND Lala, Mari kita cari titik persamaan, jangan dibesarkan titik perbezaan.